Sunday, 27 October 2013

VIDEO LUCU DALAM SUKAN



  VIDEO 1






VIDEO 2



VIDEO 3





VIDEO 4



VIDEO 5




VIDEO 6




VIDEO 7




VIDEO 8


                              

  



VIDEO 9












VIDEO 10

TEKNOLOGI DALAM SUKAN



1.SPEEDO LZR




 Pakaian renang Speedo LZR ini menggunakan polimer sintetik yang disebut membran poliuretena yang mana polimer ini berjaya mengurangkan daya heretan sebanyak 24%. Pakaian ini tidak menggunakan sebarang jahitan benang sebaliknya menggunakan teknik kimpalan ultrasonik (ultrasonic welding) untuk menambahkan lagi pengurangan terhadap daya heretan dan  terdapat satu bahan penstabil yang baru dicipta yang dapat memberikan keseimbangan yang amat baik kepada perenang sepanjang berenang dalam perlumbaan.
        Semasa dalam rangka untuk menghasilkan pakaian ini, Speedo telah menggunakan teknik imbasan badan (body scanning) kepada lebih 400 atlet elit untuk mendapatkan bentuk, saiz dan kontur yang optima. Penggunaan komputer (suatu perisian permodelan numerik) dalam dinamik bendalir , berjaya mengenal pasti bahagian badan yang menghasilkan daya heretan tertinggi justeru memudahkan panel poliuretena untuk merekabentuk pakaian. 

           Penghasilan pakaian ini tambah menarik lagi dengan penggunaan terowong angin (wind tunnel) NASA untuk memasti dan menghitung daya heretan terhadap 60 jenis fabrik lain berbanding membran poliuretena. Langkah ini kemudiannya dibantu pula dengan kehadiran pancutan air dari dalam terowong ke atas patung dan perenang sebenar untuk mengoptimakan penggunaan pakaian ini. Kaedah ini berjaya membuktikan pakaian Speedo LZR ini berhasil dalam mengalirkan kadar oksigen yang lebih baik ke atas otot semasa renangan dan juga mengekalkan badan dalam posisi yang lebih hidrodinamik.


2. HAWK-EYE



.
Satu sistem berasaskan kamera yg dibangunkan oleh Hawkeye, sebuah syarikat British yang kini milik gergasi perkakasan elektronik Sony. Hawkeye sudahpun mempunyai sistem yg serupa yg telahpun berada dalam operasi  sukan tenis dan kriket. Ia berfungsi menggunakan 6 atau 7 kamera kelajuan tinggi di kedua-dua hujung stadium, dipasang di atas bumbung. Kamera & sistem computer digunakan utk mengesan bola dalam permainan dan mengira dengan tepat di mana bola di atas padang. Sistem ini akan menghantar satu mesej elektronik kepada peralatan penerima yg dipakai oleh pegawai perlawanan seperti sebuah jam tangan apabila sahaja bola melintasi garisan.
           Satu sahaja isu yg tinggal, iaitu bolehkah sistem Hawkeye berupaya melakukan tugasnya  dengan tepat seandainya bola dilindungi oleh badan penjaga gol. FIFA telah menegaskan bahawa gambar tidak akan ditunjukkan pada skrin TV atau stadium selepas kejadian sebarang kontroversi. Cuma pegawai-pegawai sahaja yang dimaklumkan sama ada bola melintasi garisan atau tidak.


3.GOAL REF  

                   








  




 Sistem yg dibangunkan bersama oleh syarikat usahasama Jerman Denmark ini dikenali sebagai GoalRef. Sistem ini menggunakan medan magnet untuk mengesan sama ada bola telah melintasi garisan atau tidak. Tiga jalur magnetic diletakkan di antara tiub dan kulit luar. Apabila bola melintasi garisan gol, sensor di dalam tiang-tiang gol dan palang berupaya mengesannya.
           
                 Sensor menghantar gelombang elektronik apabila bola melintasi garisan, dan komputer kemudian menghantar mesej kepada  alat penerima yg dipakai oleh pegawai perlawanan dalam masa kurang daripada satu saat. Kos pemasangan harus lebih rendah daripada Hawkeye yg menggunakan kamera yg lebih mahal, tetapi tidak bermakna sistem ini murah. Masalah utama sistem ini adalah untuk mendapat persetujuan pembuat- pembuat bola sepak seperti Nike & Adidas untuk memasang jalur-jalur magnetik dalam bola mereka.  



 POWER BALANCE





Merupakan hologram dan juga getah yang dicampur serbuk titanium yang mengandungi frekuensi semulajadi dari alam yang dapat bereaksi secara positif dengan pusat energi tubuh. Power balance kini banyak digunakan oleh para atlit antarabangsa mahupun orang awam, kerana:

-Ia dapat membantu keseimbangan tubuh
-Membantu koordinasi dan kelenturan tubuh
-Menambahkan kekuatan dan ketahanan tubuh secara menyeluruh.


Pada penggunaan seharian, POWER BALANCE terbukti dapat:-
1. Meningkatkan kualiti tidur 
2. Meningkatkan kualiti imunisasi atau daya tahan tubuh 
3. Mengurangkan stress dan sakit 
4. Mencegah terjadinya mabuk di perjalanan. 

POWER BALANCE telah dipakai oleh ahli sukan bertaraf dunia seperti

-Surfer pro seperti Andy Irons (tiga kali Juara Dunia
-C Ronaldo, Pemain bolasepak real madrid
-Shaq O Neille - NBA Basketball
-David Beckham - LA Galaxy Soccer
Dan Ramai Lagi




5.Jam Referee Third Eye 




Semua pasti sependapat kelemahan dan ketepatan dari pengadil dalam mengambil sebuah keputusan mendapat porsi penting dalam pertandingan sepak bola. Namun pengadil adalah manusia dengan segala keterbatasannya, kontroversi keputusan kurang tepat pun sering terjadi, seperti masalah offside atau pelanggaran. 

           Untuk membantu meminimunkan keputusan kurang tepat itulah, seorang desainer, bernama Andy Kurovets, mendesain jam khusus untuk pengadil  sepak bola yang diberi nama Referree Third Eye, dilengkapi bluetooth, sehingga asisten pengadilt hingga pengadil cadangan boleh terus  mengirim singnalnya  jika sebenarnya telah terjadi offside, pelanggaran atau seharusnya penalti. Bahkan pengadil utama boleh  melihat kejadian sebenarnya di layar. Jika lampu berwarna merah bererti telah terjadi pelanggaran, sedangkan lampu hijau tidak terjadi pelanggaran, sehingga pengadil boleh langsung membuat keputusan secara objektif.


6. Plester Kinesio 


 Nama Gareth Bale semakin menjulang di Liga Inggeris berkat permainannya yang luar biasa. Terutama kecepatan pemain asal Wales ini selalu melesat sambil membawa bola. Ternyata kebugaran Bale dibantu sebuah teknologi plester kesehatan untuk pengobatan otot agar boleh  bekerja lebih maksimal yang dinamai Kinesio. Lihat saja saat Bale berlaga, kinesio akan selalu menempel di kakinya. 

        Walaupun sebenarnya Kinesio yang ditemukan doktor asal Jepang, Kenzo Kase pada tahun 1970 dan sudah dipakai olahragawan profesional sebelumnya, namun di tangan pemain bola sepak lah, kinesio semakin dikenal. Plester ini sangat fleksibel dan bisa dipakai di bagian tubuh manapun, tanpa menghambat gerak. Permukaan plester ini bersisik seperti kulit ular dan bisa mengangkat kulit dan memperbaiki sirkulasi darah. Bahkan meningkatkan tenaga dengan cara mengurangi tenaga yang hilang pada saat otot bergerak. Seperti melesatnya pergerakan Bale. 

7.  INgSOC



Basikal yang digerakkan tanpa rantai yang sangat canggih dan kelihatan awesome ini adalah merupakan rekaan dua orang designer bernama Edward Kim dan Benny Cemoli. Bukan sahaja reka bentuknya yang kelihatan sofistikated dan awesome, malahan basikal ini dilengkapkan dengan teknologi moden dan canggih.

           Diberi nama INgSOC, basikal tanpa rantai ini digerakkan dengan teknologi hybrid iaitu gabungan tiga janaan kuasa, iaitu battery-powered, battery assists dan battery charge mode, di mana bateri digerakkan dengan gerakan pedal. Dari segi reka bentuknya, ianya dibina dengan gabungan bantuk aerodinamik dan pemanduan flexible.

Rangka basikal ini pula dibina menggunakan bahan polimer yang diperkuatkan dengan carbon fibre, menjadikannya sangat ringan. Antara ciri lain yang dipasang adalah dock untuk mengecas iPhone ketika mengayuh basikal.


8. Alat pencari bakat sukan



Aplikasi yang dipilih akan menentu ukur tahap stamina dan kecekapan seseorang melalui respons yang diterima daripada kesan lompatan ke enam arah berbeza di atas panel heksagon.
            Sekumpulan penyelidik sains sukan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor berjaya menghasilkan sebuah alat yang dikenali sebagai Alat Pengujian Ketangkasan Puzzle Heksagon.
Keistimewaan ciptaan tersebut adalah berkemampuan mengukur tahap kecergasan diri seseorang sekali gus menentukan jenis sukan yang sesuai disertai individu berkenaan.  Sama ada seseorang itu boleh bermain badminton, skuasy, tenis, judo, renang dan sebagainya, ia bergantung kepada ukuran tahap ketangkasan atau kelajuan pergerakan tubuh badan dalam keadaan stabil juga seimbang yang diperoleh daripada mesin tersebut.
          Alat ini dicipta untuk mengenal pasti bakat awal kanak-kanak dalam sukan tertentu di samping dapat menguji tahap ketangkasan setiap individu mahupun atlet sukan,


9. TEKNOLOGI KERUSI RODA SUKAN PARALIMPIK

Cool stuff



Antara berita paling inspirational minggu lalu ialah kemenangan bekas pemandu kereta F1 Alessandro Zanardi (45) di dalam acara lumba basikal H4 Sukan Paralimpik London. Zannardi kehilangan kedau-dua belah kaki beliau pada tahun 2001 apabila kereta beliau dirempuh di dalam kemalangan Champ Car pada kelajuan 350 kilometer sejam. Kereta yang dipandu Alex Tagliani merempuh ruang kokpit Zanardi dan memancung kedua-dua belah kaki beliau serta merta. Zanardi hampir meningal dunia akibat kehilangan darah yang banyak tetapi beliau berpantang maut sebelum ajal. Setahun selepas kemalangan itu beliau kembali berlumba dengan menggunakan kaki palsu. Beliau terus berlumba di dalam acara kereta sehingga bersara pada tahun 2009. Selepas bersara beliau menumpukan seluruh tenaga beliau ke pada sukan lumba basikal orang kurang upaya. Kemenangan beliau pada usia 45 tahun membuatkan orang cukup upaya seperti kami di Blogserius rasa seperti bloody wasters!


10. Armour Bite Mouthpiece (Pelindung Gigi)



Upaya untuk mengeluarkan performa maksimal seorang olahragawan terutama pemain sepakbola terus dikembangkan. Terutama untuk memperlebar aliran nafas agar jumlah zat udara yang membuat fungsi paru-paru juga ikut meningkat. Salah satunya adalah Armour Bite Mouthpiece. Pelindung gigi ini bisa meningkatkan kuantiti  udara yang masuk ke dalam tubuh penggunanya.

        Armour bite mouthpiece pas menempel dengan bentuk deretan gigi bawah sehingga bisa membantu mempertahankan kerenggangan optimal antara deretan gigi dan mencegah kecenderungan mengatupkan rahang saat berolahraga. Hal ini membuat jalan udara terbuka, produksi asam laktat berkurang 25% dalam latihan selama 30 minit dan kekuatan mampu meningkat hingga 20%. Presiden Armour Bite, Eric Solem mengatakan alat ini bakal meningkatkan reaksi sementara level kortisol, hormon yang memicu stres dan kelelahan juga bakal menurun.