Tuesday, 10 December 2013

ESEI KUMPULAN ( MASALAH AKADEMIK YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SUKAN)


1.0         Pengenalan

Penglibatan mahasiswa dalam bidang sukan di universiti sering dikaitkan dengan pencapaian akademik mereka dalam setiap peperiksaan yang dijalankan. Bagi mahasiswa yang aktif bersukan dengan mewakili universiti ke kejohanan sukan seperti Kejohanan Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dikatakan punca mereka mendapat keputusan yang tidak begitu memberangsangkan.

Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif yang bertujuan untuk meninjau sejauh mana penglibatan pelajar dalam bidang sukan akan mempengaruhi pencapaian akademik mereka. Pada hari ini, kecemerlangan akademik menjadi asas kepada pengukuran kejayaan seseorang individu. Sebahagian besar masyarakat hari ini lebih mementingkan prestasi akademik yang cemerlang agar memperolehi status yang lebih berprestij.

Pendidikan dari segi falsafah bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.  Walaupun terbukti nilai-nilai positif dalam kegiatan sukan dan rekreasi, Namun kebimbangan terhadap gangguan prestasi akademik masih lagi tetap wujud (Kantha Kumar, 1985). Masyarakat masih lagi berpendapat penglibatan  secara aktif dalam sukan akan memberi kesan yang negatif terhadap prestasi akademik mereka. Ada yang merumuskan penglibatan  penglibatan pelajar dalam sukan akan menyebabkan masa tidak cukup untuk mengulangkaji pelajaran.

Prestasi akademik sering dikaitkan dengan sukan yang diceburi. Kegagalan dalam pelajaran selalunya dirujukan kepada masa  yang banyak digunakan untuk bersukan dan aktiviti rekreasi.  Pandangan sebegini seringkali kedengaran walaupun telah banyak kajian dibuat bagi menyakal kenyataan ini (Webb H, 1996 ; Mohd Yunsuff, 1983 ; Mohd Razali 1983 ; Eleanor, 1984). Kajian Mohd Yusof (1983) misalnya mendapati bahawa penglibatan dalam sukan dan aktiviti kokurikulum yang lain tidak menjejaskan prestasi akademik asalkan mereka tahu mengagihkan masa untuk bersukan dan untuk akademik.

Coleman (1983) dalam kajian mendapati bahawa pelajar-pelajar sekolah tinggi menghargai aktiviti ko-kurikulum lebih dari kerja akademik mereka. Beliau berkata fenomena ini boleh membawa hasil negatif kepada pencapaian akademik.

Justeru itu, kajian ini dibuat untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelajar sukan dan rekreasi dalam bidang akademik. Kajian ini juga, bertujuan untuk mendapat maklumat berkaitan pencapaian pelajar sukan dan rekreasi yang aktif dalam bidang sukan dan  pada masa yang sama cemerlang dalam bidang akademik.

2.0      Pernyataan Masalah/Persoalan

Sebahagian ibubapa, terutamanya masyarakat luar bandar masih percaya bahawa penglibatan dalam bidang sukan akan menjejaskan prestasi pelajaran anak-anak mereka. Ini disebabkan masyarakat di Malaysia masih belum boleh menerima kenyataan meluas bahawa penglibatan dalam sukan bukan sahaja memberi kebaikan
kepada anak-anak mereka dari segi kesihatan, tetapi juga boleh menjamin masa depan kerjaya anak-anak.

Bagi sesetengah individu pula, mereka masih lagi  menganggap kegiatan sukan mengganggu masa belajar serta prestasi seseorang pelajar dalam akademik, bagi memastikan apakah benar bahawa tanggapan yang dibuat dengan beberapa persoalan telah dibuat untuk dalam kajian ini bagi menjawab persoalan yang bermain difikiran sesetengah masyarakat hari ini.

Sehubungan dengan itu, pernyataan masalah kajian ini adalah membandingkan pencapaian akademik mahasiswa di Universiti Kebangssan Malaysia. 

Berikut merupakan persoalan kajian :
2.1     Adakah kegiatan sukan mengganggu prestasi akademi  pembelajaran.
2.2       Adakah kegiatan sukan menyebabkan PNGK pelajar  yang rendah dalam setiap kali peperiksaan.
2.3  Adakah kegiatan sukan menyebabkan pelajar tidak mempunyai masa yang cukup untuk untuk mengulangkaji pelajaran.

 3.0     Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelajar sukan dan rekreasi dalam bidang akademik.
3.1  Bagi mengetahui adakah kegiatan sukan mengganggu prestasi akademik.
3.2  Untuk mengenalpasti kesahihan pendapat yang mengatakan  penglibatan dalam sukan secara aktif menyebabkan  kemerosotan PNGK dalam  keputusan peperiksaan.
3.3  Untuk mengetahui adakah kegiatan sukan mengganggu waktu untuk  mengulangkaji pelajaran.

4.0  Metodologi Kajian

Persampelan rawak mudah digunakan bagi menentukan responden dari tempat yang dikaji. Ia merupakan kajian berdasarkan kepada sebuah institut pengajian tinggi iaitu tempat penyelidik belajar. Ia akan memudahkan penyelidik mendapat maklumat-maklumat daripada responden dan mentadbir kajian dengan mudah dan tepat.

     Dalam kajian ini satu set soalan soal selidik yang digunakan untuk mengumpul data. Soal selidik ini mengandungi empat bahagian.

     Bahagian pertama merupakan bahagian biodata responden, bahagian kedua ialah penilaian tahap penglibatan pelajar dalam sukan. Bahagian ketiga pula ialah penilaian terhadap masalah yang dihadapi oleh sukan dan rekreasi dalam bidang akademik dan bahagian yang terakhir mengenai cadangan yang diberikan oleh pelajar sukan dan rekreasi.

 5.0  Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian adalah untuk melihat tahap pencapaian pelajar sukan dalam bidang akademik dan sejauh mana pelajar sukan dapat mengimbangi dan membahagikan waktu bersukan dan belajar.

Pengkaji berpendapat, kajian ini akan memberi satu gambaran mengenai apa yang sedang berlaku di universiti, khasnya bagi pelajar program sukan dan rekreasi dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan. Ini akan memberikan satu kaedah jalan penyelesaian sekiranya terdapat sedikit kelemahan dalam kajian ini. Maka kesedaran tentang sejauh manakah penglibatan pelajar sukan dan rekreasi dalam aktiviti kokurikulum dan sukan dapat dilaksanakan dengan berkesan terutamanya dalam menyelaraskan waktu belajar dengan aktiviti bersukan.

Pelajar di Fakulti Pendidikan dalam program Sukan Dan Rekreasi dipilih untuk menjadi responden dalam kajian ini dapat menilai dan memberi pendapat mereka secara peribadi tentang aktiviti yang mereka jalankan bagi tujuan mengatur, melaksana atau mengelolakan aktiviti tersebut agar tidak mempengaruhi dan mengganggu masa belajar mereka.

Pentadbir universiti harus bijak dalam merancang, mengurus, mentadbir aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan agar selaras dengan hasrat kerajaan, masyarakat dan ibubapa berdasarkan pekeliling atau garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Pemahaman ibubapa atau waris pelajar terhadap pentingnya penglibatan anak-anak mereka dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan dimana kebanyakannya ibubapa tinggal di kawasan luar bandar dan bekerja dalam sektor pertanian/sawah yang masih memerlukan sokongan dan perhatian oleh pihak-pihak tertentu.

 6.0 Lokasi/Skop Kajian

Responden bagi kajian ini terdiri daripada kalangan para mahasiswa dan mahasiswi di Fakulti Pendidikan Sukan dan Rekreasi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Bagi pemilihan sampel kajian pula, pengkaji akan menggunakan kaedah persampelan secara rawak bertujuan iaitu sampel yang digunakan ditetapkan mengikut ciri-ciri atau kriteria oleh pengkaji. Ia dipilih secara rawak di dalam kumpulan sasaran yang telah ditetapkan. Responden yang dipilih bagi kajian ini adalah dalam kalangan para mahasiswa dan mahasiswi Fakulti Pendidikan Sukan dan Rekreasi Universiti Kebangsaan Malaysia. Borang soal selidik yang ada akan diedarkan kepada mahasiswa dan mahasiswi UKM iaitu seramai 30 orang iaitu 24 orang mahasiswa dan enam orang  mahasiswi.

7.0   Analisis Data dan Perbincangan

7.1   Bahagian A (Latar Belakang Responden).

Jadual  7.1.1: Taburan kekerapan jantina  responden kajian. 



Jadual 7.1.2: Taburan kekerapan kaum responden kajian.



Jadual 7.1.3: Jenis sukan yang diceburi oleh responden.



Jadual 7.1.4: Pencapaian tertinggi bidang akademik responden.
             


 7.2  Bahagian B ( Penilaian Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Sukan)

Jadual 7.2.1: Adakah anda terlibat dengan sukan sebelum menyambung pengajian di UKM.



               Jadual 7.2.2:    Anda sangat berpengalaman dan mahir dalam sukan yang anda ceburi.



                Jadual 7.2.3:  Anda menyertai dalam lebih daripada satu sukan.




7.3  Bahagian C (Penilaian Terhadap Masalah Yang Dihadapi Oleh Pelajar Dalam Bidang Akademik)

Jadual 7.3.1:  Aktiviti sukan mengganggu masa pembelajaran anda.



              Jadual 7.3.2: Adakah anda mendapat PNGK yang rendah kerana aktif bersukan.



Jadul 7.3.3: Anda sukar mengulangkaji pelajaran kerana menyertai kejohanan luar.


Jadual 7.3.4: Kegagalan menjuarai sesuatu kejohanan menyebabkan anda murung dan gagal                     dalam bidang akademik.



Jadual 7.3.5: ktiviti sukan menyebabkan anda ketinggalan dalam pelajaran.




7.4  Bahagian D (Cadangan)

 Jadual 7.4.1: Kelas tambahan yang diadakan oleh pensyarah amat bermanfaat untuk pelajar                     yang tertinggal dalam pembelajarn kerana bergiat aktif dalam sukan.



Jadual 7.4.2: Peralatan atau perkakasan sukan yang digunakan dalam bilik kuliah untuk sesi                        pembelajarn perlukan penambahbaikan yang terkini.



Jadual 7.4.3: Setiap tugasan dan nota perlulah dimuat naikkan di pautan iFolio bagi memudahkan               pelajar yang terlibat dengan sukan membuat rujukan, mengulangkaji pelajaran  dan                menyiapkan tugasan yang telah diberikan.




8.0 Cadangan/Kesimpulan

Daripada penganalisaan data, boleh dikatakan bahawa penglibatan pelajar secara aktif dalam bidang sukan tidak mendatangkan implikasi negatif terhadap pencapaian akademik mereka. Keputusan kajian ini bertepatan dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Mohd Razali (1993) di mana beliau juga mendapati sebilangan besar daripada responden berpendapat bahawa penglibatan mereka dalam bidang sukan tidak menjejaskan pencapaian akademik.

Kebanyakan mereka berpendapat bahawa pembahagian masa yang bijak antara akademik dan sukan banyak membantu mencapai kejayaan dalam pelajaran selain dapat menyelaraskan masa berkualiti mereka dengan bijak. Para atlet yang juga pelajar Sukan dan Rekreasi dapat memberi tumpuan yang lebih semasa kuliah berjalan kerana tahu mereka banyak menghabiskan masa di gelanggang/padang. Para atlet juga berpendapat bahawa bersukan boleh membantu menyihatkan otak, menyihatkan tubuh badan dan membantu mengekalkan kecergasan fizikal dan mental mereka. Oleh itu walaupun mereka aktif bersukan tetapi dapat belajar dengan baik dan senang mengingati pelajaran kerana gaya hidup pelajar yang aktif.

Pendapat pelajar bahawa dengan aktiviti sukan pada masa kini boleh menjamin masa depan seperti peluang untuk mendapatkan pekerjaan, biasiswa, kenaikan pangkat dan sebagainya. Ini kerana pelbagai jaminan dan inisiatif yang telah direncana oleh kerajaan bagi menjaga kebajikan dan kepentingan atlet yang banyak berjasa dan mengharumkan nama negara di peringkat profesional.

Pelajar juga menyatakan bahawa mereka mampu dan mempunyai masa antara 1 – 5 jam untuk mengulangkaji pelajaran jika ketinggalan dalam pelajaran ketika sesi kuliah. Ini selaras dengan dapatan kajian Eleanor (1984) dan Lim (1991) di mana mereka mendapati pelajar memperuntukan masa antara 2 – 5 jam sehari untuk mengulangkaji pelajaran.

Sebagai kesimpulannya, banyak faktor yang mempengaruhi prestasi akdemik seseorang pelajar. Sehubungan dengan itu, kita perlu rasional apabila berhadapan dengan situasi sebegini. Terdapat beberapa faktor lain yang terlalu personal seperti pengaruh keluarga, sikap, suasana pembelajaran di rumah, pengaruh rakan sebaya, pengaruh daripada pensyarah atau guru, kaedah pengajaran dan pembelajaran, minat dan aspirasi pelajar itu sendiri.

Kesimpulan yang boleh dibuat hasil kajian ini ialah penglibatan secara aktif dalam bidang sukan tidak mempengaruhi pencapaian akademik bahkan dari segi kecemerlangan, mereka lebih baik berbanding dengan pelajar yang tidak aktif bersukan.

Selain faktor bersukan, terdapat faktor-faktor lain yang membantu mereka berjaya dalam pelajaran seperti pengaruh keluarga, pengaruh persekitaran, galakan dan motivasi yang berterusan dari semua pihak. Ungkapan-ungkapan seperti badan sihat otak cergas, bersukan menyihatkan badan dan seumpamnya jelas boleh diterima dan mempunyai perkaitan yang langsung dari segi kecerdasan minda dan kesihatan badan.



9.0 Rujukan

Beau, F. A. (1982). The mental ability of athletes in comparison with non-athletes in high school.                   American School Board Journal, 73 (2), 45 – 155.

Coleman, J. S. (1983). The Adolescent Society. New York: Free Press of Glencoa.

Eleanor Ann Tan Lye Neo. (1984). Kajian pencapaian akademik di kalangan para atlit dan bukan atlit           di peringkat Sijil Rendah Pelajaran. Projek Khas Sarjana  Muda yang Tidak Diterbitkan. Serdang:           Universiti Putra Malaysia.

Kantha Kumar Ramasamy. (1985). Kaedah permainan dalam proses pengajaran   pembelajaran           
          pendidikan jasmani. Jurnal Institut Pendidikan Darul Aman, 19,   8 – 13.

Lim Chew Sin. (1991). Satu kajian pencapaian akademik di kalangan pelajar atlit  dan bukan atlit. 
           Projek Khas Sarjana Muda yang Tidak Diterbitkan. Serdang:  Universiti Putra Malaysia.

Mohd Razali Abdullah. (1983). Perbandingan prestasi akademik atlit dan bukan atlit di Sekolah 
          Menengah Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Journal Akademik. Maktab Perguruan Kuala                   Terengganu, Jilid IX, 39 – 47.

Mohd Yusoff Man. (1983). Sejauhmana penglibatan murid-murid dalam gerakerja ko-kurikulum di             sekolah mempengaruhi pencapaian akademik. Projek Khas   Sarjana Muda yang Tidak               
         Diterbitkan.  Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Webb, H. (1969). Professionalization of attitudes towards play among adoslecent.  Aspect of    
        Contemporary Sport Sociology. Chicago : The Athletic Institute.

Saturday, 23 November 2013

GAMBAR BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)



                                 GAMBAR 1




                                GAMBAR 2




                                GAMBAR 3




                                GAMBAR 4





GAMBAR 5                                                                                




                               GAMBAR 6





                                GAMBAR 7




                                GAMBAR 8





                              GAMBAR 9




GAMBAR 10                                                                                                            


Friday, 15 November 2013

KULIT BUKU
















BIODATA




GGGE 2153 TEKNOLOGI PENDIDIKAN
FAKULTI PENDIDIKAN UKM
SEM 1  2013-2014
JUMAAT (11-12 TGH)
DEWAN KULIAH 43.102 DTAMS


BIODATA






NAMA :   MUHAMAD NASIRUDDIN BIN HUSAIN
NOMBOR MATRIK :   A 142043
TAHUN PENGAJIAN:   2 SEM 1
KURSUS :  SUKAN DAN REKREASI
FACEBOOK :   NASIRUDDIN HUSAIN
NO TEL :   0139288415
NO TEL RUMAH :   09 7193911
ALAMAT KOLEJ :   K16B516, KOLEJ RAHIM KAJAI, UKM
ALAMAT RUMAH:   SEBELAH TBK SRI ANGGERIK KAMPUNG TALAK
                                    CHABANG EMPAT  16210 TUMPAT, KELANTAN.


Sunday, 27 October 2013

VIDEO LUCU DALAM SUKAN



  VIDEO 1






VIDEO 2



VIDEO 3





VIDEO 4



VIDEO 5




VIDEO 6




VIDEO 7




VIDEO 8


                              

  



VIDEO 9












VIDEO 10

TEKNOLOGI DALAM SUKAN



1.SPEEDO LZR




 Pakaian renang Speedo LZR ini menggunakan polimer sintetik yang disebut membran poliuretena yang mana polimer ini berjaya mengurangkan daya heretan sebanyak 24%. Pakaian ini tidak menggunakan sebarang jahitan benang sebaliknya menggunakan teknik kimpalan ultrasonik (ultrasonic welding) untuk menambahkan lagi pengurangan terhadap daya heretan dan  terdapat satu bahan penstabil yang baru dicipta yang dapat memberikan keseimbangan yang amat baik kepada perenang sepanjang berenang dalam perlumbaan.
        Semasa dalam rangka untuk menghasilkan pakaian ini, Speedo telah menggunakan teknik imbasan badan (body scanning) kepada lebih 400 atlet elit untuk mendapatkan bentuk, saiz dan kontur yang optima. Penggunaan komputer (suatu perisian permodelan numerik) dalam dinamik bendalir , berjaya mengenal pasti bahagian badan yang menghasilkan daya heretan tertinggi justeru memudahkan panel poliuretena untuk merekabentuk pakaian. 

           Penghasilan pakaian ini tambah menarik lagi dengan penggunaan terowong angin (wind tunnel) NASA untuk memasti dan menghitung daya heretan terhadap 60 jenis fabrik lain berbanding membran poliuretena. Langkah ini kemudiannya dibantu pula dengan kehadiran pancutan air dari dalam terowong ke atas patung dan perenang sebenar untuk mengoptimakan penggunaan pakaian ini. Kaedah ini berjaya membuktikan pakaian Speedo LZR ini berhasil dalam mengalirkan kadar oksigen yang lebih baik ke atas otot semasa renangan dan juga mengekalkan badan dalam posisi yang lebih hidrodinamik.


2. HAWK-EYE



.
Satu sistem berasaskan kamera yg dibangunkan oleh Hawkeye, sebuah syarikat British yang kini milik gergasi perkakasan elektronik Sony. Hawkeye sudahpun mempunyai sistem yg serupa yg telahpun berada dalam operasi  sukan tenis dan kriket. Ia berfungsi menggunakan 6 atau 7 kamera kelajuan tinggi di kedua-dua hujung stadium, dipasang di atas bumbung. Kamera & sistem computer digunakan utk mengesan bola dalam permainan dan mengira dengan tepat di mana bola di atas padang. Sistem ini akan menghantar satu mesej elektronik kepada peralatan penerima yg dipakai oleh pegawai perlawanan seperti sebuah jam tangan apabila sahaja bola melintasi garisan.
           Satu sahaja isu yg tinggal, iaitu bolehkah sistem Hawkeye berupaya melakukan tugasnya  dengan tepat seandainya bola dilindungi oleh badan penjaga gol. FIFA telah menegaskan bahawa gambar tidak akan ditunjukkan pada skrin TV atau stadium selepas kejadian sebarang kontroversi. Cuma pegawai-pegawai sahaja yang dimaklumkan sama ada bola melintasi garisan atau tidak.


3.GOAL REF  

                   








  




 Sistem yg dibangunkan bersama oleh syarikat usahasama Jerman Denmark ini dikenali sebagai GoalRef. Sistem ini menggunakan medan magnet untuk mengesan sama ada bola telah melintasi garisan atau tidak. Tiga jalur magnetic diletakkan di antara tiub dan kulit luar. Apabila bola melintasi garisan gol, sensor di dalam tiang-tiang gol dan palang berupaya mengesannya.
           
                 Sensor menghantar gelombang elektronik apabila bola melintasi garisan, dan komputer kemudian menghantar mesej kepada  alat penerima yg dipakai oleh pegawai perlawanan dalam masa kurang daripada satu saat. Kos pemasangan harus lebih rendah daripada Hawkeye yg menggunakan kamera yg lebih mahal, tetapi tidak bermakna sistem ini murah. Masalah utama sistem ini adalah untuk mendapat persetujuan pembuat- pembuat bola sepak seperti Nike & Adidas untuk memasang jalur-jalur magnetik dalam bola mereka.  



 POWER BALANCE





Merupakan hologram dan juga getah yang dicampur serbuk titanium yang mengandungi frekuensi semulajadi dari alam yang dapat bereaksi secara positif dengan pusat energi tubuh. Power balance kini banyak digunakan oleh para atlit antarabangsa mahupun orang awam, kerana:

-Ia dapat membantu keseimbangan tubuh
-Membantu koordinasi dan kelenturan tubuh
-Menambahkan kekuatan dan ketahanan tubuh secara menyeluruh.


Pada penggunaan seharian, POWER BALANCE terbukti dapat:-
1. Meningkatkan kualiti tidur 
2. Meningkatkan kualiti imunisasi atau daya tahan tubuh 
3. Mengurangkan stress dan sakit 
4. Mencegah terjadinya mabuk di perjalanan. 

POWER BALANCE telah dipakai oleh ahli sukan bertaraf dunia seperti

-Surfer pro seperti Andy Irons (tiga kali Juara Dunia
-C Ronaldo, Pemain bolasepak real madrid
-Shaq O Neille - NBA Basketball
-David Beckham - LA Galaxy Soccer
Dan Ramai Lagi




5.Jam Referee Third Eye 




Semua pasti sependapat kelemahan dan ketepatan dari pengadil dalam mengambil sebuah keputusan mendapat porsi penting dalam pertandingan sepak bola. Namun pengadil adalah manusia dengan segala keterbatasannya, kontroversi keputusan kurang tepat pun sering terjadi, seperti masalah offside atau pelanggaran. 

           Untuk membantu meminimunkan keputusan kurang tepat itulah, seorang desainer, bernama Andy Kurovets, mendesain jam khusus untuk pengadil  sepak bola yang diberi nama Referree Third Eye, dilengkapi bluetooth, sehingga asisten pengadilt hingga pengadil cadangan boleh terus  mengirim singnalnya  jika sebenarnya telah terjadi offside, pelanggaran atau seharusnya penalti. Bahkan pengadil utama boleh  melihat kejadian sebenarnya di layar. Jika lampu berwarna merah bererti telah terjadi pelanggaran, sedangkan lampu hijau tidak terjadi pelanggaran, sehingga pengadil boleh langsung membuat keputusan secara objektif.


6. Plester Kinesio 


 Nama Gareth Bale semakin menjulang di Liga Inggeris berkat permainannya yang luar biasa. Terutama kecepatan pemain asal Wales ini selalu melesat sambil membawa bola. Ternyata kebugaran Bale dibantu sebuah teknologi plester kesehatan untuk pengobatan otot agar boleh  bekerja lebih maksimal yang dinamai Kinesio. Lihat saja saat Bale berlaga, kinesio akan selalu menempel di kakinya. 

        Walaupun sebenarnya Kinesio yang ditemukan doktor asal Jepang, Kenzo Kase pada tahun 1970 dan sudah dipakai olahragawan profesional sebelumnya, namun di tangan pemain bola sepak lah, kinesio semakin dikenal. Plester ini sangat fleksibel dan bisa dipakai di bagian tubuh manapun, tanpa menghambat gerak. Permukaan plester ini bersisik seperti kulit ular dan bisa mengangkat kulit dan memperbaiki sirkulasi darah. Bahkan meningkatkan tenaga dengan cara mengurangi tenaga yang hilang pada saat otot bergerak. Seperti melesatnya pergerakan Bale. 

7.  INgSOC



Basikal yang digerakkan tanpa rantai yang sangat canggih dan kelihatan awesome ini adalah merupakan rekaan dua orang designer bernama Edward Kim dan Benny Cemoli. Bukan sahaja reka bentuknya yang kelihatan sofistikated dan awesome, malahan basikal ini dilengkapkan dengan teknologi moden dan canggih.

           Diberi nama INgSOC, basikal tanpa rantai ini digerakkan dengan teknologi hybrid iaitu gabungan tiga janaan kuasa, iaitu battery-powered, battery assists dan battery charge mode, di mana bateri digerakkan dengan gerakan pedal. Dari segi reka bentuknya, ianya dibina dengan gabungan bantuk aerodinamik dan pemanduan flexible.

Rangka basikal ini pula dibina menggunakan bahan polimer yang diperkuatkan dengan carbon fibre, menjadikannya sangat ringan. Antara ciri lain yang dipasang adalah dock untuk mengecas iPhone ketika mengayuh basikal.


8. Alat pencari bakat sukan



Aplikasi yang dipilih akan menentu ukur tahap stamina dan kecekapan seseorang melalui respons yang diterima daripada kesan lompatan ke enam arah berbeza di atas panel heksagon.
            Sekumpulan penyelidik sains sukan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor berjaya menghasilkan sebuah alat yang dikenali sebagai Alat Pengujian Ketangkasan Puzzle Heksagon.
Keistimewaan ciptaan tersebut adalah berkemampuan mengukur tahap kecergasan diri seseorang sekali gus menentukan jenis sukan yang sesuai disertai individu berkenaan.  Sama ada seseorang itu boleh bermain badminton, skuasy, tenis, judo, renang dan sebagainya, ia bergantung kepada ukuran tahap ketangkasan atau kelajuan pergerakan tubuh badan dalam keadaan stabil juga seimbang yang diperoleh daripada mesin tersebut.
          Alat ini dicipta untuk mengenal pasti bakat awal kanak-kanak dalam sukan tertentu di samping dapat menguji tahap ketangkasan setiap individu mahupun atlet sukan,


9. TEKNOLOGI KERUSI RODA SUKAN PARALIMPIK

Cool stuff



Antara berita paling inspirational minggu lalu ialah kemenangan bekas pemandu kereta F1 Alessandro Zanardi (45) di dalam acara lumba basikal H4 Sukan Paralimpik London. Zannardi kehilangan kedau-dua belah kaki beliau pada tahun 2001 apabila kereta beliau dirempuh di dalam kemalangan Champ Car pada kelajuan 350 kilometer sejam. Kereta yang dipandu Alex Tagliani merempuh ruang kokpit Zanardi dan memancung kedua-dua belah kaki beliau serta merta. Zanardi hampir meningal dunia akibat kehilangan darah yang banyak tetapi beliau berpantang maut sebelum ajal. Setahun selepas kemalangan itu beliau kembali berlumba dengan menggunakan kaki palsu. Beliau terus berlumba di dalam acara kereta sehingga bersara pada tahun 2009. Selepas bersara beliau menumpukan seluruh tenaga beliau ke pada sukan lumba basikal orang kurang upaya. Kemenangan beliau pada usia 45 tahun membuatkan orang cukup upaya seperti kami di Blogserius rasa seperti bloody wasters!


10. Armour Bite Mouthpiece (Pelindung Gigi)



Upaya untuk mengeluarkan performa maksimal seorang olahragawan terutama pemain sepakbola terus dikembangkan. Terutama untuk memperlebar aliran nafas agar jumlah zat udara yang membuat fungsi paru-paru juga ikut meningkat. Salah satunya adalah Armour Bite Mouthpiece. Pelindung gigi ini bisa meningkatkan kuantiti  udara yang masuk ke dalam tubuh penggunanya.

        Armour bite mouthpiece pas menempel dengan bentuk deretan gigi bawah sehingga bisa membantu mempertahankan kerenggangan optimal antara deretan gigi dan mencegah kecenderungan mengatupkan rahang saat berolahraga. Hal ini membuat jalan udara terbuka, produksi asam laktat berkurang 25% dalam latihan selama 30 minit dan kekuatan mampu meningkat hingga 20%. Presiden Armour Bite, Eric Solem mengatakan alat ini bakal meningkatkan reaksi sementara level kortisol, hormon yang memicu stres dan kelelahan juga bakal menurun.